Mangsa ragut Bangsar mati disebabkan radang paru-paru

Mangsa ragut Bangsar mati disebabkan radang paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warga emas yang menjadi mangsa ragut di Jalan Limau Manis, Bangsar, Kuala Lumpur pada 7 Oktober lalu mati disebabkan pneumonia (radang paru-paru). 

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob mengesahkan mangsa mati pada 30 Disember lalu bukan disebabkan kecederaan parah yang dialaminya selepas diragut. 

“Polis telah mengambil dua keterangan melibatkan pegawai perubatan yang merawat mangsa dan wakil pusat jagaan. 

“Kes tersebut dirujuk semula kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan susulan,” katanya pada sidang akhbar perkembangan kes tular kematian kucing di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini. 

Pada Isnin, polis akan membuat semakan bagi mengenal pasti sama ada kematian warga emas yang menjadi mangsa ragut di Jalan Limau Manis, Bangsar, Kuala Lumpur pada 7 Oktober lalu mempunyai kaitan dengan kecederaan dialami mangsa.

Polis telah menahan suspek utama dalam kes ragut yang mungkin menyebabkan kematian mangsa, Lim Foong Mei selepas dia didapati cedera teruk.

Terdahulu, Foong Mei, 78, cedera parah selepas beg tangannya diragut oleh seorang penunggang motosikal pada Oktober lalu, dilaporkan telah meninggal dunia.

Mangsa yang sebelum ini dirawat di sebuah rumah jagaan di Bangsar selepas kejadian, dikatakan mengalami kemerosotan kesihatan sebelum meninggal dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya