Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 1,288 orang

Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 1,288 orang

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu menghantar barang keperluan kepada penduduk terperangkap banjir di Pitas, Sabah.-GAMBAR/IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa yang terjejas banjir di dua daerah di Sabah meningkat daripada 1,054 orang kepada 1,288 orang hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan tiga pusat pemindahan sementara (PSS) masih dibuka di Pitas dan lima buah lagi dibuka di Paitan.

Jumlah mangsa banjir di Pitas menurun kepada 816 orang setelah empat PPS ditutup semalam. 

Kesemua 816 orang mangsa daripada 311 keluarga masih berada di tiga buah PPS di Pitas iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 2, SK Salimpodon Darat dan Dewan Kampung Kusilad.

Sementara itu, mangsa banjir di Paitan meningkat daripada 61 orang kepada 472 orang yang terdiri daripada 125 ketua isi rumah.

Lima PPS yang dibuka di Paitan adalah PPS Pusat Komuniti Masyarakat Daerah Paitan, Masjid Kampung Simpangan, Sekolah Kebangsaan (SK) Lubang Buaya, Gereja PCS Kampung Purubatu dan Dewan Kampung Binsulung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya