Mangsa banjir di Pontian kini seramai 549 orang

Mangsa banjir di Pontian kini seramai 549 orang

SEORANG anggota bomba mendukung seorang wanita warga usia emas untuk dibawa  ke PPS Komplek Muafakat Sungai Pinggan di Benut, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Sebanyak lapan buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah ini selepas hujan berpanjangan bermula Jumaat sehingga menyebabkan paras air sungai meningkat dan melimpah ke beberapa perkampungan.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian memberitahu, lapan  PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya, SK Kampung Sawah, Komplek Muafakat Sungai Pinggan, SK Seri Bukit Panjang, SK Sri Bunian, SK Sri Sinaran Chokoh, SK Parit Markom dan SK Sri Anom.

Setakat pukul 12.00 tengah hari ini, PPS SK Melayu Raya menempatkan seramai 146 mangsa daripada 38 keluarga dari Kampung Paya Embun, Kampung Seri Gambat, Kampung Parit Haji Adnan dan Kampung Seri Menanti.

“Di SK Kampung Sawah pula menempatkan 18 mangsa dari empat keluarga dari Kampung Kurnia, di Komplek Muafakat Sungai Pinggan menempatkan 32 mangsa melibatkan lapan keluarga manakala di SK Seri Bukit Panjang melibatkan  87 mangsa daripada 22 keluarga.

“Turut berpindah penduduk Kampung Jasa Sepakat seramai 134  mangsa dari 14 keluarga ke SK Seri Bunian manakala di SK Seri Sinaran Chokoh menempatkan seramai 67 mangsa dari 19 mangsa penduduk Kampung Chokoh,” menurut kenyataan itu.

PPS SK Parit Markom yang dibuka pukul 8 pagi tadi menempatkan 32 mangsa dari 10 keluarga dan di SK Seri Anom pula membaitkan 33 mangsa dari 10 keluarga.

“Secara  keseluruhan 549 mangsa banjir dari 140 keluarga kini berlindung di lapan buah PPS yang mula dibuka pada hari semalam dan pagi ini apabila kediaman mereka masing-masing dinaiki air,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya