Mangsa banjir di Johor hampir 4,000 orang

Mangsa banjir di Johor hampir 4,000 orang

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd. Hairi Mad Shah melawat mangsa banjir yang ditempatlan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat apabila 3,973 orang daripada 1,113 keluarga dipindahkan ke 38 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, angka itu bertambah berbanding 3,779 mangsa daripada 1,023 keluarga yang ditempatkan di 36 PPS pada pukul 4 petang semalam.

Katanya, daerah yang terjejas ialah Kota Tinggi dan Kulai yang mencatatkan pertambahan bilangan mangsa manakala jumlah mangsa di Johor Bahru, Pontian dan Kluang tidak banyak berubah.

“Kota Tinggi kekal daerah paling terjejas dengan seramai 1,313 mangsa banjir daripada 376 keluarga ditempatkan di 14 PPS, manakala di Johor Bahru, mangsa banjir meningkat menjadi 808 penduduk daripada 232 keluarga di lima PPS.

“Mangsa banjir di Kulai turut bertambah, iaitu 764 orang daripada 191 keluarga di lima PPS, manakala mangsa banjir di Pontian seramai 595 penduduk daripada 161 keluarga di sembilan PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, mangsa banjir di Kluang kini seramai 550 orang daripada 160 keluarga yang berlindung di lima PPS.

Data Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menunjukkan amaran ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku di Kota Tinggi dan Johor Bahru pada pagi ini.

Menurutnya, terdapat empat paras air sungai masih merekodkan tahap bahaya, iaitu Sungai Kahang di Kluang, Sungai Punggai di Kota Tinggi, Sungai Punggai di Pontian dan Sungai Skudai (Kampung Pasir, Johor Bahru), manakala tiga sungai lagi berada pada paras amaran, iaitu Sungai Lenik di Batu Pahat, Sungai Skudai (Kampung Laut, Johor Bahru) dan Sungai Jemaluang di Mersing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya