Mana dana sumbangan hampir RM100,000? - Along Cham - Utusan Malaysia

Mana dana sumbangan hampir RM100,000? – Along Cham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelawak, Along Cham mendakwa isterinya, Afreena Suhaimi telah menyeleweng duit sumbangan orang ramai yang dianggarkan sekitar RM100,000 sewaktu dia ditahan di Penjara Sungai Buloh atas dakwaan memiliki dadah pada akhir tahun lalu.

Menurut Along, dana awam yang dikutip itu sepatutnya digunakan untuk membantunya sepanjang dalam tahanan selain mengesahkan ada golongan selebriti yang turut menyalurkan bantuan.

“Dana-dana dikutip itu katanya untuk kegunaan saya, tetapi tidak sampai kepada pihak saya. Duit yang digunakan untuk ikat jamin semalam adalah daripada ibu saya, Siti Habsah Kadir, ahli keluarga dan Didie Alias.

“Bukan sahaja orang awam, selebriti juga beri sumbangan. Dia (Afreena) dakwa duit daripada dana itu nak guna untuk kos perbelanjaan anak lelaki saya, Ahmad Daniel.

“Tapi sepanjang saya ditahan, anak saya diuruskan oleh Didie Alias. Dianggarkan lebih RM100,000 dana yang terkumpul,” katanya.

Dalam pada itu, Along menerusi sebuah laporan akhbad turut mengesahkan aktor, Datuk Aaron Aziz juga antara yang menyumbang untuk tabung dana tersebug sekali gus menjadi salah seorang mangsa penipuannya.

“Semalam, saya mendapat panggilan daripada abang saya, Aaron Aziz yang kini berada di Uzbekistan. Dia ada memberikan kata-kata semangat.

“Paling mengejutkan saya apabila Aaron memaklumkan semalam, isteri saya ada meminta wang RM20,000 tapi Aaron hanya menyumbang RM5,000 kononnya untuk membayar ikat jamin saya.

“Sedangkan wang ikat jamin itu telah pun diselesaikan oleh ibu saya dan Didie. Saya sudah maklumkan kepada Aaron untuk usaha dapatkan kembali wang tersebut,” jelasnya.

Bagaimanapun, Along sempat memohon maaf bagi pihak isterinya yang mempergunakan namanya untuk kepentingan sendiri.

“Bagi pihak isteri, saya memohon maaf kerana dia menggunakan nama saya. Saya pun tak faham apa motif isteri saya,” katanya lagi.

Sementara itu, ibu pelawak itu juga sudah membuat laporan polis berhubung penyelewengan dana tersebut.

Katanya, pihak polis juga akan memanggil mana-mana pihak yang terlibat dalam memberi sumbangan ke dana tersebut untuk membuat laporan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya