Malaysia - UK buka peluang pelaburan, perdagangan lebih luas

Malaysia – UK buka peluang pelaburan, perdagangan lebih luas

ANWAR Ibrahim dan Keir Starmer. - GAMBAR FB PM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hubungan Malaysia dan United Kingdom berpeluang membuka ruang pelaburan dan perdagangan lebih meluas, sekali gus menyaksikan transisi kemajuan ekonomi untuk dimanfaatkan secara bersama.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyertaan syarikat Malaysia dalam usaha niaga di luar negara akan memperkukuh hubungan pasaran global dan mengembangkan perdagangan melalui rangka kerja antarabangsa seperti Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Anwar berkata, beliau dan Perdana Menteri UK, Keir Starmer bersepakat dalam meningkatkan kerjasama lebih erat dan rapat mencakupi pelbagai bidang.

“Selaku pengerusi ASEAN, saya menggunakan kesempatan yang ada bagi menyatakan kesediaan Malaysia untuk menerima lebih ramai pelabur membentuk sinergi ekonomi baharu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Anwar turut memaklumkan hal-hal berkaitan yang dibincangkan akan dibawa ke peringkat kementerian masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.

Dalam masa sama, Perdana Menteri turut memuji usaha YTL Group yang merupakan pelabur terbesar Malaysia di UK dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negara ini.

“Saya maklumkan bahawa  CPTPP akan menjadi saluran kritikal untuk kemudahan pelaburan serta perdagangan antara Malaysia dan UK. Syabas kepada YTL kerana menjadi pelabur terbesar malaysia di UK.

“Hasil perjanjian tersebut sekali gus mengubah Bristol Brabazon, bekas tapak bersejarah Filton Airfield menjadi pembangunan kawasan utama yang menempatkan pelbagai kemudahan penting,” ujarnya.  

Untuk rekod, YTL mula melabur di UK pada tahun 2002 dengan pengambilalihan Wessex Water.

Pembangunan Bristol Brabazon yang telah memenangi pelbagai anugerah, dijangka mengubah tapak bersejarah Filton Airfield menjadi sebuah kawasan yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan penting seperti tempat kerja, sekolah, kedai, pengangkutan awam, dan pusat penjagaan kesihatan. 

Projek ini turut merangkumi pembinaan 6,500 unit rumah lestari, tiga sekolah baharu, dan taman bandar.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Eksekutif YTL Group, Tan Sri Sir Francis Yeoh Sock Ping turut mengumumkan komitmen syarikat untuk melabur sebanyak £4 bilion (RM21.96 bilion) lagi di UK dalam tempoh lima tahun akan datang. – UTUSAN

 

HABIS// 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya