Malaysia, UAE sepakat perbaharui kerjasama - Utusan Malaysia

Malaysia, UAE sepakat perbaharui kerjasama

ANWAR Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum di Istana Za’abeel, Dubai, semalam. – PEJABAT PERDANA MENTERI/AFIQ HAMBALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasil pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) , Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum yang juga pemerintah Dubai, berjaya mengeratkan kerjasama dua hala antara negara.

Anwar berkata, hasil pertemuan itu, beliau bertukar pandangan dan sepakat untuk memperbaharui kerjasama dalam beberapa bidang utama seperti makanan, teknologi dan pusat data.

“Sewaktu lawatan kerja, saya bertemu dengan Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum.

“Ruang ini saya gunakan bagi menyatakan penghargaan atas jemputan lawatan kerja ke negara ini selain bertukar pandangan dan bersepakat untuk memperbaharui kerjasama dalam beberapa bidang utama bagi menyokong pembangunan mampan antara dua negara,” katanya menerusi kenya­taan.

Media melaporkan, Anwar yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke UAE bermula Ahad, dijadualkan bertemu dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed, yang juga pemerintah Dubai, kelmarin

Pertemuan akan berlangsung di Istana Za’abeel di Dubai, kira-kira 150 kilometer dari sini.

Perbincangan dijangka bertumpu kepada usaha me­ngukuhkan hubungan dua hala dan meneroka peluang-peluang dalam tenaga boleh diperbaharui, sekuriti makanan dan tenaga, kecerdasan buatan dan pusat data serta isu serantau dan global yang menjadi perhatian bersama.

Anwar memulakan lawatan pada hari kedua itu dengan perjumpaan dengan pihak Dana Kekayaan Berdau­lat UAE.

Mesyuarat perniagaan dimulakan dengan pertemuan Anwar dengan Ketua Pegawai Eksekutif Masdar Mohamed Jameel Al-Ramahi, diikuti Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) Sheikh Hamed Zayed Al-Nahyan dan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Khaldoon Khalifa Al-Mubarak.

Lawatan Perdana Menteri itu adalah atas jemputan Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum bagi menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW).  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya