Malaysia mahu ASEAN bersepadu, inklusif, mampan

Malaysia mahu ASEAN bersepadu, inklusif, mampan

KETUA Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin (tengah) bersama pegawai-pegawai kanan negara ASEAN sempena Pemukiman Menteri Luar ASEAN di Langkawi International Convention Centre. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Malaysia mahu memperkenalkan tiga bidang keutamaan dan keberhasilan yang menjadi fokus utamanya selaku Pengerusi ASEAN iaitu politik – keselamatan, ekonomi serta sosio-budaya.

Fokus itu selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 iaitu ‘Keterangkuman’ (Inclusivity) dan ‘Kemampanan’ (Sustainability).

Bagi merealisasikan perkara itu, platform Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN yang turut dihadiri Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, esok, bakal menjadi medan membawakan hasrat Malaysia tersebut.

Pendekatan itu bertujuan memastikan ASEAN yang lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sekali gus memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Sesi pemukiman itu juga akan membincangkan hala tuju strategik ASEAN, termasuk usaha memperkukuh pembangunan Komuniti ASEAN dan hubungan luar ASEAN. 

Pada masa sama, mesyuarat itu juga akan membincangkan tindakan susulan kepada keputusan yang telah dicapai oleh Pemimpin ASEAN semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44 dan Ke-45 dan Sidang Kemuncak di Vientiane, Laos pada Oktober tahun lalu. 

Selain itu, Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN akan bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini isu-isu serantau dan antarabangsa, termasuk krisis di Myanmar, ketegangan geopolitik dan cabaran-cabaran lain yang memberi kesan kepada keamanan dan kestabilan serantau.

Mohamad juga dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat bagi membincangkan isu-isu pengukuhan ASEAN dan hubungan dua hala.

Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN itu merupakan mesyuarat berjadual yang pertama di dalam kalendar tahunan ASEAN di peringkat Menteri di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Mesyuarat itu turut mendapat penyertaan Menteri-Menteri Luar Negeri dan pegawai-pegawai kanan dari negara anggota ASEAN debgan Menteri Luar Negeri Timor-Leste dijemput sebagai Pemerhati ASEAN. 

Turut serta dalam mesyuarat ini adalah Setiausaha Agung ASEAN dan wakil dari Myanmar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya