Malaysia juga boleh memimpin melalui teladan - Tengku Zafrul

Malaysia juga boleh memimpin melalui teladan – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia ingin membuktikan bahawa negara membangun turut boleh menjadi teladan kepada dunia dalam mendepani cabaran.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Malaysia komited untuk menjadi perintis dan membuktikkan bahawa negara membangun juga boleh mengharungi cabaran iklim.

Kata beliau, Malaysia turut mahu membuktikkan kepada dunia bahawa negara boleh memimpin melalui teladan.

“Namun, kita tidak boleh memikul beban ini seorang diri. Strategi ASEAN untuk neutraliti karbon menunjukkan bahawa rantau ini telahpun mengambil langkah awal untuk mengatasi masalah ini.

“Negara maju juga perlu memenuhi komitmen mereka dan membantu negara membangun membina masa depan di mana perdagangan hijau bukan sahaja keperluan tetapi pemacu kemakmuran bersama,” katanya menerusi satu hantaran di akaun media sosial rasminya, hari ini.

Mengulas lanjut, Zafrul berkata, beliau menyuarakan padangan Malaysia forum Squaring The Climate-Trade Circle yang turut disertai oleh Perdana Menteri Papua New Guinea, James Hame Marape; Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Envision dari China, Zhang Lei dan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-Iweala.

“ASEAN tidak melihat penyahkarbonan sebagai penghalang kepada pertumbuhan tetapi sebagai pemangkin kepada pembangunan inklusif dan mampan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya