KUALA LUMPUR: Usaha menjadikan Malaysia khususnya Sarawak sebagai hab tenaga baharu di rantau ini antara agenda utama perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba, esok.
Anwar berkata, usaha itu merupakan ikhtiar Premier Sarawak, Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang merupakan pelan sangat kritikal dalam bidang peralihan tenaga.
Katanya, Perdana Menteri Jepun itu dijadualkan membuat lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok.
“Kita akan bicara beberapa isu pelaburan, perdagangan dan suatu rencana baharu yang sangat kritikal dari segi peralihan tenaga atas ikhtiar Premier Sarawak, Abang Johari.
“Kita harap dalam perbincangan itu akan merencana menjadikan Malaysia, khususnya Sarawak, sebagai hab tenaga bagi rantau ini,” katanya ketika merasmikan Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 di sini, hari ini. – UTUSAN