Maksud orang kafir dan orang fasiq
Soalan
Saya hendak tanya, kalau disebut orang kafir dan orang fasiq itu macam mana? Dan ada juga yang mengkafirkan pemerintah. Tidak silap saya, orang kafir itu orang yang tidak menjalankan syariat Allah. Terima kasih kerana memberikan penerangan.
Azlina
JAWAPAN
Kafir yang dimaksudkan adalah kufur amali bukan kufur iktikadi, melainkan pemerintah menghalalkan perbuatan mereka. Tidak boleh mengkafirkan kerajaan dengan mudah.
Amalan bulan Rejab dan Syaban
Soalan
Apakah amalan-amalan yang diberatkan supaya umat Islam memanfaatkan kehadiran bulan Rejab dan Syaban?
Mukriz
Kota Bharu
JAWAPAN
Tiada amalan khusus dalam bulan Rejab. Untuk itu lakukan apa sahaja amalan yang baik seperti puasa, sedekah, berselawat dan sebagainya. Dianjurkan berpuasa sunat pada Isnin, Khamis atau pada hari putih sebagai persediaan menghadapi Ramadan.
Siapa yang tanggung dosa anak dan isteri?
Soalan
Adakah benar individu Islam itu menanggung dosa perbuatannya sendiri dan bukan seperti didakwa bahawa ibu bapa menanggung dosa anaknya manakala suami menanggung dosa isteri?
Khilaf
Ipoh Perak
JAWAPAN
Asasnya, setiap individu menanggung dosa-dosanya sendiri. Dosanya tidak ditanggung oleh orang lain. Namun apabila ibu bapa atau suami tidak mendidik atau mencegah dan mereka lalai atau reda mereka turut menanggung dosa-dosa bersama.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]