Luruan Monsun: Kerajaan siap sedia tahap tertinggi

Luruan Monsun: Kerajaan siap sedia tahap tertinggi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan kementerian berkaitan telah diarahkan supaya meletakkan siap siaga tahap tertinggi susulan luruan monsun yang dijangka berlaku bermula hari ini sehingga 19 Januari depan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dimaklumkan, luruan monsun itu membabitkan negeri di Selatan Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, masyarakat di Johor terutamanya termasuk sekitar Mersing dan Pengerang serta Sabah dan Sarawak diminta untuk berhati-hati.

“Semua diharap sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir akibat luruan monsun itu.

“Dari segi persiapan, pihak Nadma sentiasa bersedia untuk hadapi dan bagi kementerian-kementerian seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dan agensi lain diminta supaya bersiap sedia.

“Kita dah minta semua pihak untuk berada pada tahap kesiap-siagaan tinggi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan luruan monsun dijangka berlaku pada 15 sehingga 19 Januari ini.

Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip dilaporkan berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di selatan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dalam tempoh berkenaan.

“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) melibatkan Johor, Sabah dan Sarawak berkuat kuasa pada 16 hingga 19 Januari 2025,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya