LTAPP kini kedua tersibuk selepas KLIA

LTAPP kini kedua tersibuk selepas KLIA

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kini merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia selepas KLIA.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kini mengatasi kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di Sabah sebagai lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, ini kerana, sepanjang tahun lepas, sebanyak 64,507 pergerakan direkod di LTAPP berbanding 63,822 pergerakan di LTAKK manakala KLIA pula kekal di tangga teratas dengan 366,895 pergerakan.

“Jumlah pergerakan (yang dicatatkan di LTAPP) ini juga melebihi pergerakan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang (Selangor) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di Sarawak (masing-masing sebanyak 59,929 dan 54,969 pergerakan).

“Ini merupakan pencapaian yang besar bagi Pulau Pinang kerana data ini membuktikan bahawa peranan penting telah dimainkan oleh negeri ini dalam rangkaian penerbangan negara,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Hon Wai, jumlah penumpang di LTAPP juga mencatatkan peningkatan sepanjang tahun lepas apabila seramai 7.47 juta penumpang direkodkan iaitu meningkat kira-kira 7.07 peratus berbanding tahun 2023.

“Peningkatan ini turut mencerminkan tarikan Pulau Pinang sebagai destinasi utama pelancongan domestik dan antarabangsa,” katanya yang memberitahu, sebanyak 565 penerbangan mingguan juga dicatatkan sepanjang 2024 iaitu peningkatan sebanyak 8.03 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jelas beliau, sepanjang 2024 juga, Pulau Pinang telah memperkenalkan 12 laluan antarabangsa baharu termasuk laluan ke Xiamen dan Shanghai di China; Dubai di Emiriyah Arab Bersatu; Bangkok, Thailand dan Doha di Qatar sekaligus dijangka mampu meningkatkan akses pelancongan ke negeri ini.

Tambah Hon Wai, kedudukan Pulau Pinang sebagai lapangan terbang kedua tersibuk di Malaysia dijangka kekal kukuh dengan rancangan peluasan lapangan terbang yang sedang berjalan pada masa ini.

“Penambahan laluan baharu akan terus meningkatkan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab penerbangan serantau dan pintu masuk utama ke wilayah utara Malaysia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya