Lori marak terbakar bergerak sendiri tanpa pemandu

Lori marak terbakar bergerak sendiri tanpa pemandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Detik cemas sebuah lori marak terbakar dan bergerak sendiri tanpa pemandu mencetuskan suasana panik di Jalan Cyberjaya-Dengkil, berhampiran susur keluar ke Putrajaya, petang semalam.

Insiden luar biasa itu sempat dirakam oleh orang awam yang memaparkan lori tersebut terbakar marak sambil ‘menyusuri’ jalan raya tanpa kawalan, seolah-olah babak dari filem aksi.

Rakaman berdurasi 60 saat itu menyaksikan lori berkenaan akhirnya terbabas selepas merempuh besi penghadang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G Shan Gopal ketika dihubungi hari ini mengesahkan insiden itu yang dirakam pukul 6.30 petang semalam membabitkan sebuah lori dalam perjalanan dari Dengkil menghala ke Puchong.

“Ketika tiba di Kilometer (KM) 38, Lebih Raya Putrajaya – Cyberjaya, pemandu lori melihat asap keluar dari bahagian enjin lori.

“Pemandu cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan tapi tidak sempat kerana api marak dengan cepat sebelum bertindak terjun dari lori itu.

“Pemandu lori hanya mengalami luka-luka ringan manakala lorinya hangus terbakar,” katanya.

Katanya, pemandu lori telah memaklumkan insiden itu kepada pemilik lori sebelum satu laporan polis dibuat.

Katanya, pihaknya dimaklumkan, pemilik lori tidak mahu membuat tuntutan insurans kerana nilai tuntutan sedikit sahaja dan punca kebakaran dipercayai kepanasan melampau di bahagian enjin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya