LipanBara kotakan hasrat peminat - Utusan Malaysia

LipanBara kotakan hasrat peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kumpulan rock tanah air LipanBara bakal memenuhi hasrat peminat untuk mengadakan sebuah showcase selepas sekian lama merehatkan diri dari industri muzik.

Bakal diadakan di Warisan Hall, Sijangkang, Selangor pada 15 Februari 2025, showcase anjuran Ultimate Media itu akan menyaksikan semua anggotanya iaitu Oney (vokalis), Zaff (gitaris), Labut (drummer), Ham (bass) dan Ali (keyboard) kembali berkumpul demi peminat mereka.

Bermula dari pukul 9.30 malam, LipanBara akan mempersembahkan 11 buah lagu popular yang diberikan susunan dan sentuhan baharu, yang lebih magik kepada peminat mereka.

Antara lagu yang dijangka akan dipersembahkan ialah Rindu Yang Tersisa, Rentak Yang Baru, Garisan Terakhir, Serangan Kilat dan Blues Tongkat Ali.

Tiket mula dijual pada 22 Januari lalu.

LipanBara merupakan kumpulan rock yang ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Lan Lipan atau papa Lote.

Pernah memenangi tempat pertama Juara Rock Galactica 1988, kumpulan itu telah merakamkan beberapa buah album antaranya Tanda Tanya dan Harimau.

Album pertama mereka telah terjual lebih 50,000 unit dan antara lagu popular mereka ketika itu ialah Seiraman Aman Sentoasa, Kayangan dan Itu Yang Mampu.

Album kedua berjudul Harimau melonjakkan nama mereka menerusi lagu hits antaranya Moga Sempurna, Syurga Impian, Blues Tongkat Ali dan banyak lagi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya