LinkedIn bakal terima lesen

LinkedIn bakal terima lesen

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Platform rangkaian profesional, LinkedIn akan menjadi syarikat media yang seterusnya dilesenkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaras dengan pelaksanaan pelesenan platform media sosial sejak awal Januari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, SKMM sudah berhubungan dengan penyedia platform berkenaan iaitu Microsoft.

Kata beliau, ia selepas kenyataan terbaharu yang mendedahkan jumlah pengguna LinkedIn di Malaysia melebihi lapan juta.

“Ada pertambahan platform media sosial yang akan dilesenkan iaitu LinkedIn.

“Maklumat yang kita peroleh menyatakan LindkedIn juga mempunyai pengguna melebihi lapan juta dan kita sudah mula berhubung dengan Microsoft yang memiliki LindkedIn,” katanya semasa sidang akhbar selepas melancarkan Program Rintis Future Health for All (FH4A) di sini, hari ini.

Sebelum ini, penyedia perkhidmatan media sosial TikTok, ByteDance dan Tencent bagi WeChat menjadi penyedia perkhidmatan pertama diberikan lesen bagi membolehkan mereka beroperasi di negara ini.

Pada 2 Januari lalu, SKMM berkata, sebanyak empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama yang beroperasi di Malaysia sudah mengemukakan permohonan untuk memperoleh lesen sama.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, tidada perkembangan baharu berhubung pelesenan platform media sosial dengan beberapa tindakan dilakukan untuk menyegerakan prosesnya.

“Proses masih berjalan terhadap beberapa platform iaitu Google yang mengendalikan Youtube dan Meta Platforms Inc sudah di peringkat akhir. Setakat ini hanya WeChat, TikTok dan Telegram yang menerima lesen,” katanya.

Langkah pelesenan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) itu dirangka bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna dan memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan Internet serta media sosial. 

SKMM sebelum ini mengumumkan bahawa semua perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon lesen berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya