Lima termasuk CEO syarikat penyiaran media di Sarawak ditahan, RM17.4 juta pelbagai aset disita

Lima termasuk CEO syarikat penyiaran media di Sarawak ditahan, RM17.4 juta pelbagai aset disita

TAN SRI RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan lima individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penyiaran media di Sarawak hari ini.

Kesemua individu berusia 26 hingga 62 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman dalam Op Ragada di Sarawak dan Pulau Pinang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan tersebut dilakukan susulan maklumat risikan dan maklumat mendapati terdapat pengaliran wang mencurigakan dikenal pasti membabitkan beberapa akaun bank sejak 2017 hingga September, tahun lalu.

Katanya, siasatan mendapati wujud aktiviti jenayah pengubahan wang haram melalui transaksi kewangan yang mencurigakan dan pecah amanah oleh pengarah syarikat.

“Suspek disyaki turut menipu tender selain menganugerahkan tender kepada diri sendiri dan ahli keluarga.

“Susulan itu, pihak polis menahan seorang lelaki yang juga CEO sebuah syarikat serta dua anaknya serta dua lagi individu termasuk seorang wanita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, hasil daripada serbuan dijalankan, pihak AMLA turut menyita serta membekukan pelbagai aset.

Jelasnya, ia membabitkan kenderaan, akaun bank dan dokumen dianggarkan bernilai RM17.4 juta.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 420 KK, Seksyen 403 KK dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya