Lima muka baharu dilantik Ahli Majlis MBPP, MBSP tahun ini

Lima muka baharu dilantik Ahli Majlis MBPP, MBSP tahun ini

H'NG Mooi Lye (tengah) bersama empat ahli majlis baharu yang dilantik bagi mewakili Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di George Town, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Lima muka baharu dilantik sebagai ahli majlis di dua buah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, H’ng Mooi Lye berkata, daripada jumlah itu, seorang daripada mereka iaitu wakil DAP, T. Visvenathan dilantik sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Beliau berkata, empat lagi ahli majlis yang dilantik pula akan menyertai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) ialah tiga wakil PKR, Lim Eng Nam, Azman Rahim dan Yeoh Kim Kim serta seorang wakil daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Zulkiply Ishak.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan ahli majlis yang dilantik adalah seramai 48 orang iaitu masing-masing 24 ahli majlis bagi setiap PBT ketika ini.

“Secara keseluruhannya iaitu dari segi kuota ahli majlis pula, seramai 20 ahli majlis adalah daripada parti DAP, 17 PKR, enam Amanah, tiga daripada Barisan Nasional (BN) serta seorang lagi daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Pelantikan ini dibuat mengikut Seksyen 10(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976, dengan menitikberatkan pengalaman luas dalam pentadbiran tempatan, pencapaian profesional, serta kemampuan mewakili kepentingan komuniti masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Selain lima muka baharu, pelantikan kali ini turut menyaksikan ada dalam kalangan ahli majlis yang bertukar lokasi perkhidmatan iaitu daripada MBSP kepada MBPP termasuk Ketua Wanita PKR negeri, Nurhidayah Che Ros.

Difahamkan, majlis angkat sumpah bagi pelantikan ahli majlis berkenaan akan diadakan Jumaat ini iaitu di Dewan Bandaraya, Jalan Padang Kota Lama bagi MBPP manakala bagi MBSP pula, ia akan diadakan di Dewan Kenanga, Menara Bandaraya, Jalan Perda Utama, Bukit Mertajam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya