Lima maut, dua cedera kemalangan di Nenasi - Utusan Malaysia

Lima maut, dua cedera kemalangan di Nenasi

LIMA maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Sembayan di Nenasi di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Lima maut manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Sembayan di Nenasi di sini kira-kira pukul 7.14 petang ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Tok Muda Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, kemalangan maut itu melibatkan kereta jenis Proton Wira Aeroback dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina.

“Kemalangan berlaku ketika kereta Proton Wira Aeroback dinaiki lima orang mangsa iaitu seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang bayi bertembung dengan Nissan Grand Livina dinaiki seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa.

“Akibat kemalangan tersebut, seorang mangsa menaiki Nissan Grand Livina tersepit manakala seorang lagi tidak tersepit. Kedua-dua mangsa cedera dan mengadu sakit di bahagian pinggang.

“Sementara itu, lima mangsa yang berada dalam kereta Proton Wira Aeroback tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya di sini hari ini.

Tok Muda Wan Ahmad Fadillah berkata, pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang berada dalam Nissan Grand Livina dan Proton Wira Aeroback.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Rompin. Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjutnya.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian sedang dijalankan bagi mengenal pasti tiada lagi mangsa yang terperangkap atau hilang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN