Lima beranak hilang sudah pulang

Lima beranak hilang sudah pulang

LIMA sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu sudah selamat pulang ke rumah mereka di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Lima beranak yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selamat pulang ke rumah mereka di Shah Alam, Selangor malam tadi.

Amir Hamzah Nordin, 65, yang merupakan bapa kepada Anis Huda , 37, berkata, anak perempuan sulungnya bersama suami dan tiga anak mereka pulang ke rumah kira-kira pukul 11 malam. 

“Alhamdulillah anak dan menantu serta anak-anak mereka sudah balik ke rumah. Terima kasih kepada semua rakan dan saudara mara,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini Amir Hamzah dilaporkan sebagai berkata, dia yang tinggal di Jerantut berasa ada sesuatu yang tidak kena selepas gagal menghubungi cucunya pada Sabtu lalu.

Menurut Amir Hamzah, dia terkejut apabila anak bongsunya yang tinggal di Shah Alam memaklumkan kakaknya bersama suami dan tiga anak mereka tiada di rumah.

Susulan itu anak bongsunya membuat laporan polis di Klang manakala satu lagi laporan dibuat di Cyberjaya atas nasihat pihak berkuasa 

Kelmarin, polis Sepang meminta bantuan orang awam untuk mengesan lima beranak yang hilang selepas kali terakhir dilihat malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dilaporkan berkata, mangsa yang hilang membabitkan pasangan suami isteri masing-masing berusia 37 tahun serta tiga anak mereka berusia lima, lapan dan 10 tahun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN