Lima beranak hilang, kali terakhir dilihat petang Jumaat lalu

Lima beranak hilang, kali terakhir dilihat petang Jumaat lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis meminta bantuan orang awam untuk mengesan lima beranak yang hilang selepas kali terakhir dilihat pada malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, mangsa yang hilang membabitkan pasangan suami isteri masing-masing berusia 37 tahun serta tiga anak mereka berusia 5, 8 dan 10 tahun.

Beliau berkata, kehilangan mangsa dimaklumkan adik mangsa menerusi laporan polis yang dibuat hari ini.

“Pengadu memaklumkan kesemua mangsa dilihat keluar dari rumah mereka di Persiaran Rimba Permai, di sini dengan menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WWT 8248.

“Pada hari ini, pengadu menerima satu rakaman video dari kakaknya yang menyatakan mangsa sekeluarga berada di dalam keadaan selamat.

“Bagaimanapun, mangsa tidak menyatakan lokasi sebenar mereka berada namun, mendakwa berada di sebuah satu lokasi kawasan perkhemahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pihaknya masih mengesan kesemua mangsa dan setakat ini tiada sebarang petunjuk ditemukan.

Norhizam berkata, beliau menasihatkan orang ramai untuk tampil jika mempunyai maklumat mengenai keberadaan kesemua mangsa.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubung Pegawai Penyiasat Sarjan Kamaruzaman Shamsuddin di talian 03-83182222 atau
menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87774222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN