Letak terkena sihir itu sebagai andaian paling akhir - Nubhan

Letak terkena sihir itu sebagai andaian paling akhir – Nubhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Nubhan, 39, mengajak masyarakat agar bersangka baik dan tidak mudah mengandaikan sebarang ‘gangguan’ mistik dengan perbuatan sihir.

Katanya, andaian-andaian seperti itu hanya akan memburukkan keadaan justeru perlu dielak daripada terus mengacau fikiran individu yang berdepan  ‘gangguan’ sedemikian.

“Kalau mahu cerita tentang ‘gangguan’, sejak dulu lagi saya alami. Saya pernah dengar ‘bisikan’ hasut terjun banggunan, alami kemurungan, rumah dan premis perniagaan berbau busuk dan sebagainya.

“Jumpa perawat, katanya saya terkena sihir. Tetapi, selepas melakukan rawatan, saya tidak juga sembuh, malah keadaan bertambah teruk.

“Sebenarnya, kesembuhan itu berlaku daripada sikap kita sendiri. Kalau kita berhenti kaitkan ‘gangguan-gangguan’ ini dengan perbuatan sihir, nescaya kita akan sembuh dan boleh hidup dengan aman.

“Saranan saya, jangan ambil serius atau kaitkan semua masalah kita dengan gangguan sihir, letakkan andaian itu sebagai tindakan kita yang paling akhir. Pada masa yang sama, lindungi diri kita dengan zikir dan sebagainya,” katanya.

Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad berkata, dia tidak menolak bahawa perbuatan sihir untuk menjatuhkan orang lain memang wujud dan banyak berlaku. 

Namun, dia memilih untuk tidak membenarkan perkara itu dengan mengambil serius atau terlalu memikirkan  tentangnya.

“Sihir ini permainan syaitan, yang sebenarnya bertujuan untuk memecah belahkan manusia. Tapi kita pula mudah percaya dan terpedaya dengan permainan mereka.

“Kesannya membuatkan kita bersangka buruk kepada orang lain. Jadi saranan saya, kalau berlaku sebarang ‘gangguan’, kita jangan membenarkan dengan memikirkan tentangnya,” kongsinya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya