Letak jawatan jika Perdana Menteri suruh - Mohamad

Letak jawatan jika Perdana Menteri suruh – Mohamad

Sidang media Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) merangkap Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu beramah mesra bersama perwakilan yang hadir pada Konvensyen Nasional Amanah hari di Hotel Ksl Esplanade, Klang. UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: “Itu kalau Perdana Menteri yang suruh,”.

Itu tegas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengenai desakan supaya meletak jawatan sebagai menteri jika kerajaan menghalang perhimpunan Anti Rasuah hari ini.

Menurut beliau yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), kenyataan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin hanya pandangan peribadi.

“Dia bebas untuk memberi pandangan dan ini (negara Malaysia) adalah demokrasi.

“Itu kalau Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang suruh (letak jawatan menteri),” katanya pada sidang akhbar perasmian Konvensyen Nasional Amanah 2024 di Bandar Bestari di sini, hari ini.

Rabu lalu, Hanipa memaklumkan beliau menjadi peguam mewakili Mohamad yang pernah terlibat dalam siri-siri perhimpunan aman sebelum ini.

Dakwa bekas Ahli Parlimen Sepang itu, Mohamad wajar meletakkan jawatan sebagai sekiranya perhimpunan anjuran Bersih dan Suaram di ibu negara itu dihalang.

Beliau menghabiskan sebahagian besar hidupnya sebagai peguam bela terutama bagi kes melibatkan hak untuk berhimpun secara aman dan turut pernah ditangkap kerana mempertahankan haknya

Kelmarin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi membidas Hanipa kerana desakan itu dianggap taktik lama.

Desakan meletak jawatan menteri itu tidak relevan dan ia politik lama apabila seseorang tidak lagi berjawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya