Lesen syarikat Layang-Layang Island Resort dibatalkan

Lesen syarikat Layang-Layang Island Resort dibatalkan

MOTAC membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn. Bhd. berkuatkuasa Isnin lalu.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn. Bhd. berkuatkuasa Isnin lalu.

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata, pembatalan lesen itu dibuat selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

“Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn. Bhd. [199101018586 (228897-D)] (“Syarikat”) dengan nombor lesen 2992 berkuat kuasa mulai 6 Januari 2025.

“MOTAC memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan sebuah resort di Sabah didakwa gagal mengembalikan deposit kepada lebih 100 individu termasuk pelancong asing yang menempah pakej menyelam skuba dengan syarikat tersebut sejak 2020.

Difahamkan, setiap tempahan memerlukan mereka untuk membayar deposit sebanyak 50 peratus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya