Lelaki terlibat kes bunuh ditahan ketika perbaharui pasport - Utusan Malaysia

Lelaki terlibat kes bunuh ditahan ketika perbaharui pasport

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lelaki yang diburu polis kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki warga Myanmar yang ditemukan di sebuah rumah kongsi di kawasan tapak pembinaan di Taman Menglembu Jun lalu, berjaya ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek warga asing berusia 37 tahun itu ditahan ketika memperbaharui pasport di Jabatan Imigresen Kedah.

Katanya, semakan ke atas suspek mendapati dia tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini dan suspek dibenarkan ditahan reman selama enam hari sehingga Isnin depan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan individu lain yang terlibat dengan kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Menerusi laporan media pada 18 Jun lalu, mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan muka bercalar dan mulut berdarah oleh orang awam pada pukul 1.23 pagi.

Pemeriksaan ke atas mayat lelaki itu menemui enam kesan tikaman serta trauma akibat objek tumpul di bahagian kiri muka serta calar pada bahagian badan mangsa.

Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan kesan trauma akibat objek tumpul di kepala.

Berikutan itu, sembilan individu terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dan Indonesia berusia antara 21 hingga 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya