Lelaki parah bergelut dengan beruang di Dungun

Lelaki parah bergelut dengan beruang di Dungun

KEADAAN Nik Azhar Daud yang cedera parah diserang seekor beruang di ladang sawit di Kampung Telembuh, Jerangau Sungai di Dungun, Terengganu. - IHSAN KELUARGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang lelaki cedera parah selepas diserang seekor beruang ketika sedang berehat di bawah sebatang pokok di ladang sawit di Kampung Telembuh, Jerangau Sungai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, Nik Azhar Daud, 40, dari Kampung Nerang, di sini, yang cedera di bahagian belakang leher, lengan dan kaki kanan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. 

Isterinya, Roshuhaida Mokhtar, 39, berkata, sebelum kejadian, suaminya keluar ke ladang tersebut kira-kira pukul 9 pagi untuk memantau kerbaunya bagi memastikan haiwan ternakan itu tidak memasuki kawasan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

“Suami menceritakan, ketika dia sedang berehat di bawah sebatang pokok, tiba-tiba seekor beruang menerpa belakang suami dan menggigit lehernya.

“Suami cuba melepaskan gigitan beruang itu namun ia kemudian menggigit lengan dan kakinya. Suami mengambil parang di bahagian pinggangnya dan menikam beruang tersebut sebelum haiwan itu berlalu pergi,” katanya hari ini. 

Roshuhaida berkata, suaminya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu dan kemudian dipindahkan ke HSNZ,  malam tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN