Lelaki 'mumia' jalan kaki alami gangguan mental

Lelaki ‘mumia’ jalan kaki alami gangguan mental

TANGKAP layar video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki berpakaian mumia Di Jalan Panchang Bedena ke pekan Sungai Besar, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Lelaki berpakaian mumia yang berjalan kaki di Jalan Panchang Bedena ke pekan Sungai Besar di sini, disahkan mengalami masalah mental.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Robin Guha Thakurta berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tular di media sosial itu, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Katanya, polis kemudian menahan lelaki berusia 25 tahun itu di sekitar Parit 6, Sungai Besar.

“Siasatan lanjut kemudian mendapati individu itu mengalami masalah gangguan mental. Polis kemudian membawa lelaki itu ke Hospital Sabak Bernam bagi rawatan lanjut dengan ditemani warisnya,” katanya ketika dihubungi petang tadi. 

Tambah Robin, orang ramai dinasihatkan menghubungi polis untuk menyalurkan maklumat bagi menimbulkan kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.

Sebelum itu,  penduduk Sungai Besar dikejutkan dengan kelibat ‘mumia’ berbalut kain putih yang dilihat berlegar-legar di jalan raya sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengguna jalan raya.

Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki yang berbalut penuh termasuk kepala itu dilihat melintas jalan utama sehingga mengundang reaksi orang ramai.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya