Lelaki maut terkena renjatan elektrik akibat pendawaian haram 

Lelaki maut terkena renjatan elektrik akibat pendawaian haram 

MANGSA maut semasa mencari ketam di kawasan paya berhampiran Lorong Kuala Neutron, Kampung Likas, Kota Kinabalu semalam. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hasrat seorang lelaki menangkap ketam berakhir dengan tragedi apabila mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik di kawasan paya bakau di Lorong Kuala Neutron, Kampung Likas, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa yang berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik akibat pendawaian yang disambung secara haram di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden mangsa maut terkena renjatan elektrik itu kira-kira pukul 10.45 malam dan sepasukan 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Semasa tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba hanya dapat mengalihkan mangsa selepas bekalan elektrik diputuskan oleh pihak Sabah Electricity (SE).

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya