Lelaki lemas jatuh sungai

Lelaki lemas jatuh sungai

ANGGOTA Bomba mengusung mangsa yang dipercayai terjatuh dalam sungai di Kampung Gerigis, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Gerigis, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam. 

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminuddin Abd. Rahim berkata, mangsa berusia 45 tahun itu ditemukan pada pukul 6.58 petang. 

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.04 petang seterusnya menggerakkan jentera ke lokasi kejadian. Kerja pencarian awal dilakukan di sekitar tebing sungai dengan menggunakan bot secara permukaan air.

“Mangsa ditemukan pada pukul 6.58 petang setelah Pasukan Penyelamat di Air (PPDA)  membuat selaman pertama pada pukul 6.42 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Katanya, operasi melibatkan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan dibantu 12 anggota PPDA BBP Jitra dan empat anggota BBP Sungai Petani. 

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.25 malam. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya