Lelaki hidap tibi meninggal dunia sendirian dalam rumah

Lelaki hidap tibi meninggal dunia sendirian dalam rumah

SEORANG lelaki menghidap oenyakit tibi meninggal dunia dalam rumah di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu, semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang lelaki dijumpai meninggal dunia seorang diri dalam sebuah rumah peninggalan pusaka di Kampung Kuala Ping, di sini kira-kira pukul 1.35 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, kematian mangsa yang berusia 49 tahun disedari orang awam yang memaklumkan kepada polis.

Katanya, sekitar pukul 2 pagi mangsa dipercayai  belum tidur oleh jirannya dan kedengaran batuk yang begitu kuat.

“Berdasarkan keterangan sepupunya, mangsa punyai penyakit kronik seperti tibi serta kencing manis dan sering mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Tengkawang.

“Mangsa yang bekerja kampung tidak pernah berkahwin dan rumah kayu peninggalan pusaka
didiami itu usang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata beliau, kes diklafikasikan sebagai mati mengejut dan kematian mangsa disebabkan penyakit tibi kronik yang dihidapnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya