Lelaki dipercayai kurang siuman bakar rumah pusaka

Lelaki dipercayai kurang siuman bakar rumah pusaka

ANGGOTA polis dan bomba menahan lelaki dipercayai kurang siuman yang membakar bahagian dapur rumah pusaka keluarganya sebelum mengurung diri di dalam sebuah bilik dalam kejadian di Kampung Seneng, Bachok, Kelantan. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman membakar bahagian dapur rumah pusaka keluarganya sebelum mengurung diri di dalam sebuah bilik di Kampung Seneng, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditangkap polis selepas bertindak agresif dengan mengacukan parang ke arah anggota bomba semasa menjalankan operasi memadam kebakaran.

Jirannya yang dikenali sebagai Azam berkata, dia melihat kepulan asap dari bahagian belakang rumah tersebut dan menyangkakan bahawa lelaki itu sedang membakar sampah.

Katanya, dia melihat api semakin marak dan kepulan asap semakin banyak sebelum cuba memadam kebakaran itu.

“Api semakin marak menyebabkan saya menghubungi talian kecemasan untuk bantuan. Difahamkan, lelaki itu membakar bahagian dapur rumahnya sebelum mengurung diri di dalam bilik.

“Lelaki itu bertindak agresif dengan memegang dan mengacukan sebilah parang ke arah anggota bomba yang mahu menjalankan operasi memadam kebakaran,” katanya hari ini.

Azam memberitahu, keadaan itu menyebabkan bomba terpaksa menghubungi polis untuk menahan lelaki tersebut sebelum operasi dapat dijalankan.

Menurutnya, difahamkan  lelaki itu tinggal seorang diri di rumah tersebut apabila ibunya tinggal di kawasan lain kerana tidak tahan dengan kerenahnya yang sering mengamuk. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya