Lelaki dipenjara enam bulan tumbuk polis

Lelaki dipenjara enam bulan tumbuk polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Akibat menumbuk seorang anggota polis berpangkat koperal, seorang lelaki dihukum penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Wan Suhaila Mohd. selepas tertuduh, Rosidi Mohamed, 37, mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya. 

Mengikut pertuduhan, Rosidi didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penjawat awam berusia 38 tahun. 

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di dalam Mahkamah Majistret di sini, kira-kira pukul 12.45 tengah hari pada Rabu lalu. 

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum penjara hingga dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Zhan Yi bersama Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya