Lelaki dikhuatiri lemas jatuh sungai

Lelaki dikhuatiri lemas jatuh sungai

ANGGOTA bomba berada di lokasi kejadian seorang lelaki dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Maka Joh, Labok, Machang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Maka Joh, Labok di sini semalam.

Mangsa, Khairul Naeim Che Deraman, 29, disedari hilang oleh keluarganya pada petang semalam selepas didapati tidak pulang ke rumah.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Mohamed Andera Md. Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.40 petang semalam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memaklumkan mengenai kes kehilangan seorang lelaki.

Menurutnya, anggota bomba menjalankan operasi mencari di pesisir sungai berkenaan selepas mendapati mangsa lemas di kawasan tersebut.

“Mangsa masih gagal dijumpai selepas lebih sehari operasi dijalankan.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) akan menyambung operasi mencari mangsa esok susulan cuaca gelap hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamed Andera berkata, unit anjing pengesan (K9) turut membantu mencari mangsa bersama 16 anggota termasuk PPDA.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa daripada abang lelaki itu kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa kali terakhir dilihat berada di tebing Sungai Kelantan di Kampung Maka Joh pada waktu malam tadi.

“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa telah terjatuh ke dalam sungai berkenaan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya