Lelaki dengan 16 rekod jenayah diberkas polis

Lelaki dengan 16 rekod jenayah diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang lelaki yang mempunyai 16 rekod jenayah dan kesalahan dadah diberkas polisselepas dikejar dari Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) sehingga ke Kampung Lebu di sini, semalam.

Suspek berusia 37 tahun yang ditahan kira-kira pukul 4 petang turut terkena tembakan di bahagian lengan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dalam kejadian itu, suspek yang memecut kereta jenis Proton Inspira di Kilometer 58 LPT1 dikejar kereta peronda polis (MPV).

“Kereta dipandu suspek masuk ke laluan Lingkaran Tengah Utama dan kemudian terserempak dengan sebuah kereta MPV polis di lampu isyarat Kampung Lebu menghala ke Mempaga. MPV polis tersebut mengejar suspek sehingga ke Jalan Kampung Lebu-Klau.

“Suspek kemudian melanggar pintu penumpang belakang MPV dan anggota polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta suspek bagi memberhentikannya. Namun sekali lagi suspek melanggar pintu belakang sebelah kanan MPV sebelum kereta dipandunya terbabas di tepi jalan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya suspek yang mengalami kesan luka di bahagian lengan kiri dipercayai terkena tembakan ditahan dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, pemeriksaan terhadap suspek turut menemukan tiga biji pil disyaki eramin 5 dan satu peket mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Pemeriksaan dalam kereta dipandu suspek menemukan sebungkus cecair disyaki air ketum dan peralatan menghisap dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah berbahaya 1952 dan siasatan lanjut masih giat dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya