Lelaki curi telefon bimbit milik OKU ditahan polis - Utusan Malaysia

Lelaki curi telefon bimbit milik OKU ditahan polis

TANGKAP layar video memaparkan kejadian curi telefon bimbit di sebuah kedai runcit di Rhu Rendang, Marang yang tular dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang lelaki yang disyaki mencuri seunit telefon bimbit milik pembantu kedai runcit orang kurang upaya (OKU) di Rhu Rendang, di sini yang video kejadian itu tular dalam media sosial, akhirnya dicekup polis.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Sofian Redzuan berkata, suspek berusia 29 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Batin Perdana, Kuala Terengganu pukul 6.15 petang Rabu lalu hasil maklumat dan siasatan.

“Kejadian berlaku Selasa lalu melibatkan telefon bimbit milik pekerja kedai. Terdahulu, suspek  datang membeli rokok, 15 minit selepas itu dia kembali untuk bertanya mengenai tambah nilai prabayar telefon.

“Pembantu kedai runcit yang merupakan OKU kategori fizikal (jalan tempang) memaklumkan perkhidmatan tersebut tiada. Suspek kemudian bertindak mengambil

telefon bimbit berwarna hitam yang diletakkan di atas kaunter sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal,” katanya ketika dihubungi.

Kata beliau, sehari selepas kejadian, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD)

Marang dan IPD Kuala Terengganu menahan suspek di sebuah rumah.

Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah dan kesalahan mencuri sejak  2017.

“Suspek direman  empat hari hingga hari ini, bagaimanapun reman suspek disambung  hingga Rabu depan bagi lengkapkan siasatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya