Lebih RM32 juta kerugian akibat kebakaran 

Lebih RM32 juta kerugian akibat kebakaran 

FARHAN Sufyan Borhan (dua dari kanan) bersama bomba cilik pada Program Kempen Keselamatan Kebakaran dan Ops Tahun Baru Cina 2025 di Aeon Mall, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.-  UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak RM32,681,360 kerugian direkodkan akibat kebakaran dan RM174,367,104.60 harta benda diselamatkan sepanjang tahun lepas di negeri ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, untuk tempoh itu, kebakaran litar pintas paling tinggi dilaporkan iaitu 208 kes atau 60 peratus yang berlaku di rumah.

Katanya, kes kebakaran berpunca daripada aktiviti memasak juga antara  dilaporkan kedua tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus.

“Kita menasihatkan rakyat di negeri ini supaya sentiasa peka dan berwaspada risiko kebakaran yang wujud di sekitar dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga dalam apa jua aktiviti bagi mengelak  berlaku insiden tidak diingini. 

“Justeru aspek penguatkuasaan undang-undang JBPM Kelantan terus komited melaksanakan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK),” katanya dalam sidang akhbar sempena Program Kempen Keselamatan Kebakaran dan Ops Tahun Baru Cina 2025 di Aeon Mall, di sini hari ini.

Farhan Sufyan berkata, bagi tempoh yang sama tahun lalu sebanyak 518 pemeriksaan dilakukan iaitu melebihi sasaran 500 yang ditetapkan  melibatkan premis tumpuan ramai. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya