Lebih ramai akan dipanggil, SPRM bantu siasat pemeriksaan tidak ikut standard

Lebih ramai akan dipanggil, SPRM bantu siasat pemeriksaan tidak ikut standard

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendengar penerangan ketika meninjau pada Majlis Peluncuran Pejabat Baharu Pengankutan Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini, hari ini. - FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih ramai lagi kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan dipanggil dalam masa terdekat berhubung siasatan terhadap kenderaan yang tidak mematuhi standard.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkembangan itu susulan dakwaan kakitangan syarikat itu bersubahat serta dirasuah bagi meluluskan kenderaan berat gagal ujian.

“Setakat ini tiga pegawai Puspakom sudah datang untuk sesi temu siasat dan ramai akan hadir secara berfasa kalau ada kes salah laku integriti,” katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Pada Isnin lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan pemeriksaan mengejut ke atas 25 premis Puspakom di seluruh negara dengan 69 notis pelbagai kes dikeluarkan ekoran kejadian kemalangan membabitkan isu tayar celup digunakan lori dan bas.

Anthony berkata, pihaknya telah mengarahkan agar JPJ bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kes itu.

“Kita kenal pasti beberapa kemalangan besar akhir bulan lalu bukan sahaja kes terpencil malah lebih penting mungkin ada sindiket menawarkan perkhidmatan tertentu,” jelasnya yang tidak menolak kebarangkalian ada wujud orang tengah yang berpakat dengan kakitangan dalaman melepaskan kenderaan berat tidak lulus pemeriksaan.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Sri Azam Baki yang ditemui kemudian turut mengesahkan sudah berbincang dengan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berhubung perkara itu.

“Sekiranya terbukti ada kes integriti dalam skandal Puspakom itu, penyiasatan lanjut boleh dilaksanakan mengikut Akta SPRM 1997 sendiri atau Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kesemua kertas laporan teknikal yang lengkap dalam masa dua minggu bagi diteliti agensi tersebut sebelum tindakan lanjut dilaksanakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya