Lebih 500 ahli UMNO, Pas berhimpun di luar Istana Kehakiman

Lebih 500 ahli UMNO, Pas berhimpun di luar Istana Kehakiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kawalan ketat pihak polis tidak menghalang lebih 500 ahli UMNO dan Pas berhimpun di luar Istana Kehakiman di sini.

Mereka difahamkan datang secara berperingkat untuk mengelak ditahan pihak keselamatan yang melakukan sekatan ke pusat bandar ini.

Sesekali kedengaran laungan takbir dan Bebaskan Bossku yang merujuk kepada kes perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber memaklumkan bahawa kehadiran di luar kompleks tersebut bertentangan Perbadanan Putrajaya seimbang 50:50 antara UMNO dan Pas.

Mereka yang datang atas kapasiti peribadi dan keadaan agak terkawal dengan bantuan anggota penguat kuasa dari Perbadanan Putrajaya.

Pihak polis bagaimanapun memasang pagar di hadapan Istana Kehakiman untuk mengelakkan peserta perhimpunan memasuki bangunan itu.

Terdahulu, penyokong-penyokong Najib sudah mula berkumpul di luar Istana Kehakiman di sini sejak pukul 7 pagi.

Tinjauan mendapati, mereka berhimpun secara aman di bahagian belakang kompleks berkenaan dengan dikawal rapi puluhan anggota polis.

Turut kelihatan beberapa sukarelawan dari skuad beruniform Amal Pas yang difahamkan mengawal penyertaan penyokong parti tersebut.

Laungan ‘Bebas Najib’ kedengaran sejurus konvoi kenderaan polis yang mengiringi Najib memasuki perkarangan mahkamah itu kira-kira pukul 8.30 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya