Lebih 5.2 juta murid terima Bantuan Awal Persekolahan mulai Isnin

Lebih 5.2 juta murid terima Bantuan Awal Persekolahan mulai Isnin ini

Lebih 5.2 juta murid terima Bantuan Awal Persekolahan mulai Isnin ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 5.2 juta murid akan mula menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) secara berperingkat pada 13 Januari ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pada tarikh berkenaan, agihan akan diberikan kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2024/2025.

Katanya, penyaluran bantuan kepada murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari, manakala murid Tingkatan 6 baharu akan dilaksanakan mulai 1 Julai depan.

“Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid.

“Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPM memaklumkan, agihan BAP ini akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa/murid (sekolah menengah).

Selain itu, kaedah pemberian dilaksanakan melalui pengkreditan ke akaun bank murid atau akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).

“Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan kerajaan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN