Lebih 19,000 pencarum Perkeso terima manfaat rawatan dialisis

Lebih 19,000 pencarum Perkeso terima manfaat rawatan dialisis

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong beramah mesra dengan pesakit pada Majlis Perasmian Pusat Dialisis PERKESO Cawangan Kuala Lumpur, di Wisma PERKESO, Kampung Baru, di sini hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Lebih 19,000 pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerima manfaat rawatan dialisis secara percuma sejak tahun 1999.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, terdapat purata peningkatan sebanyak 16 peratus pesakit memerlukan rawatan dalam kalangan orang berinsurans (OB) Perkeso setiap tahun.

Katanya, perbelanjaan juga bertambah kepada RM350 juta pada 2024 dan dijangka meningkat sehingga RM400 juta pada tahun ini.

“Pusat terbaharu yang mula beroperasi sejak November tahun lalu itu dilengkapi enam mesin dialisis bagi kegunaan 18 pesakit untuk tiga sesi dalam sehari.

“Kita harap dengan pembukaan hari ini dapat memberikan khidmat lebih baik khususnya dari segi rawatan dialisis. Ia memang perkhidmatan percuma untuk pencarum,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Pusat Dialisis Perkeso Cawangan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Steven Sim berkata, permohonan untuk menambah 12 lagi mesin dialisis juga sudah dikemukakan pada Kementerian Kesihatan.

Katanya, ia bagi memenuhi keperluan 222 pesakit selain pusat yang mempunyai kapasiti untuk memuatkan sehingga 37 mesin dialisis.

“Kita melihat kepada keperluan pada masa hadapan, jadi kita boleh tambah lagi mesin-mesin dialisis.

“Saya percaya di pusat ini kita boleh tambah sehingga 35 ke 40 buah mesin dialisis,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya