Lebih 11,000 kenderaan perdagangan bawa muatan lebih, berbahaya

Lebih 11,000 kenderaan perdagangan bawa muatan lebih, berbahaya

SYED AHMAD Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman (kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang penunggang motosikal dalam Op Khas Motosikal 2024 di bandar Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak 11,093 atau 41 peratus kenderaan perdagangan di negeri ini dikenakan tindakan kerana melakukan kesalahan membawa muatan lebih dan berbahaya tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, 5,486 kenderaan perdagangan dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana lebih muatan.

Katanya, sebanyak 241 kenderaan perdagangan pula dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana membawa lebih muatan.

“Selain itu, sebanyak 5,366 kenderaan perdagangan melakukan kesalahan membawa muatan berbahaya dan tidak menutup muatan di bawah Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan.

“Sepanjang tahun lalu, dari Januari hingga Disember, sebanyak 27,253 daripada 105,748 kenderaan perdagangan yang diperiksa telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan,” katanya ketika ditemui pada Op Khas Motosikal 2024 di Jalan Tanah Putih di sini.

Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya berkata, lain-lain kesalahan direkodkan oleh kenderaan perdagangan adalah perakuan pemeriksaan berkala Puspakom yang tamat tempoh.

Dalam pada itu beliau berkata, sebanyak 44 buah kenderaan perdagangan disita yang melibatkan lucut hak di bawah Seksyen 80 APAD 2010 bagi kesalahan membawa lebih muatan dan kemalangan jalan raya.

“Ia melibatkan 28 kenderaan perdagangan dalam Ops Mammoth satu kenderaan dalam Ops Tutup dan 13 kenderaan dalam Ops Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membawa muatan lebih.

“Selain itu melibatkan dua kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya iaitu bas terbalik dalam kemalangan di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands dan lori yang tercabut tayar dalam kemalangan di Kilometer 14 Jalan Jerantut-Maran-Kuantan di Jerantut,” katanya.

Katanya, dalam tempoh Januari hingga Disember tahun lalu itu, pihaknya memeriksa 439,567 kenderaan di seluruh Pahang termasuk 105,748 kenderaan perdagangan.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 93,916 kenderaan sudah pun diambil tindakan termasuk 27,253 kenderaan perdagangan.

“Pecahan tindakan ini adalah 155,788 notis dan saman dikeluarkan, mungkin satu kenderaan melibatkan kesalahan berbeza, namun apa yang membimbangkan adalah jumlah sama ada tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh adalah tinggi iaitu sebanyak 42,000,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya