LCS 2: Proses blasting, cat tahap pertama selesai

LCS 2: Proses blasting, cat tahap pertama selesai

PEMBINAAN kapal tempur pesisir (LCS).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini selesai menjalani proses pembersihan permukaan kapal menggunakan teknik letupan (blasting) dan pengecatan tahap pertama.

Syarikat Lumut Naval Shipyard (LUNAS) dalam satu kenyataan berkata, kapal berkenaan akan menjalani proses penyediaan permukaan dan aplikasi salutan, selanjutnya untuk memastikan semua kawasan kritikal memenuhi piawaian diperlukan.

“Prosedur penting ini memastikan permukaan kapal bersedia ketika kami bergerak secara progresif ke peringkat seterusnya, yang mana lapisan tambahan salutan akan digunakan dengan teliti untuk meningkatkan daya ketahanan dalam keadaan maritim yang mencabar.

“Kemajuan ini membawa kita lebih dekat dalam proses penyiapan LCS 2 yang dinanti-nantikan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

LUNAS dalam masa yang sama  turut memberi penghargaan kepada tenaga pakar yang bekerja keras bagi menyiapkan projek berkenaan.

“LUNAS kekal komited memberikan kecemerlangan dalam pembinaan LCS,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga, LUNAS berkata,  proses blasting dan mengecat ialah prosedur kritikal dalam industri seperti pembinaan kapal yang membabitkan proses teliti .

Katanya lagi, tempoh menyiapkannya bergantung kepada saiz kapal, keadaan permukaannya dan keperluan projek.

“Proses itu membabitkan pembersihan permukaan melalui letupan kasar untuk menghilangkan karat, salutan lama dan bahan cemar, diikuti salutan pelindung dalam lapisan, termasuk primer, perantaraan dan lapisan atas untuk memastikan ketahanan, rintangan kakisan serta kemasan yang dipertingkatkan.

“Untuk kapal besar seperti LCS, proses itu lazimnya mengambil masa antara empat hingga enam minggu untuk menyiapkan satu salutan cat,” jelasnya.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari memaklumkan status kemajuan semasa bagi perolehan LCS pertama TLDM yang berakhir pada 25 Oktober lalu adalah 70.1 peratus berbanding jadual perancangan iaitu 70.69 peratus., merangkumi elemen reka bentuk, proses pembinaan, peralatan dan ujian.

Katanya, berdasarkan perancangan perbatuan terkandung dalam kontrak ditandatangani, fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama disiapkan bulan lalu, sebelum ia menjalani ujian seperti Harbour Acceptance Test (HAT) dan Sea Acceptance Trial (SAT) oleh TLDM untuk tempoh dua tahun.

Kapal LCS 2 pula akan turun ke permukaan air pada 2025 sebelum menjalani ujian HAT dan SAT. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya