Lawatan kerja UK buka nafas baharu hubungan dua hala

Lawatan kerja UK buka nafas baharu hubungan dua hala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK) bakal memberi nafas baharu dalam hubungan dua hala antara negara.

Anwar berkata, lawatan itu akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dalam pelbagai bidang apabila UK adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Eropah.

Katanya, lawatan itu dijangka menerokai bidang-bidang baharu khususnya penyertaan UK dalam Comprehensive and Progressive for Trans-Pacific Partnership (CPTPP)

“Jadual padat menanti saya dan delegasi bagi memanfaatkan segala ruang yang ada dalam menerokai inisiatif-inisiatif baharu terkait bidang perdagangan dan pelaburan susulan penyertaan UK dalam Comprehensive and Progressive for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) selain sinergi sektor ekonomi, ASEAN, global dan situasi di Myanmar dan Palestin.

“Moga agenda, misi dan segala yang dirancang di United Kingdom ini akan dipermudahkan-Nya dan mendapat manfaat kepada rakyat dan juga negara, Insya-Allah,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Anwar tiba di London, UK bagi mengadakan lawatan kerja selama lima hari atas jemputan rakan sejawat, Keir Starmer.

Semasa di London, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Speaker House of Commons Sir Lindsay Hoyle, serta menyampaikan ucaptama di InvestMalaysia.

Beliau juga akan mengadakan sesi meja bulat dan perniagaan langsung dengan pemimpin industri serta merasmikan Auditorium Malaysia di London School of Economics (LSE) dan diikuti dengan syarahan khas.

Selain itu, Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Jawatankuasa Ekonomi dan Perdagangan Bersama Malaysia-UK dan Mekanisme Sokongan Lain (MUKJETCO) akan ditandatangani semasa lawatan ini.

Anwar juga akan menghadiri pelancaran projek ladang solar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) Malaysia dan pelancaran produk oleh YTL Group UK serta melawat ke Stesen Janakuasa Battersea yang merupakan pelaburan terbesar Malaysia yang melibatkan dana awam di Eropah.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri memaklumkan lawatan ke UK ini menekankan hubungan erat antara kedua-dua negara serta memberi peluang kepada Malaysia dan UK untuk memperkukuh kerjasama dua hala demi manfaat bersama.

Perdagangan dan pelaburan kekal sebagai tonggak utama dalam hubungan Malaysia-UK, dengan UK menjadi rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah, dengan nilai dagangan berjumlah AS$3.34 bilion (RM15.30 bilion).

Jumlah eksport direkodkan sebanyak AS$1.71 bilion (RM7.83 bilion), manakala jumlah import adalah AS$1.63 bilion (RM7.47 bilion) berbanding tempoh sama pada 2023.

Pada 19 Januari pula, Perdana Menteri akan berlepas ke Brussels untuk meneruskan penglibatan antarabangsa beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya