Larangan merokok: Peguam saman kerajaan, Menteri

Larangan merokok: Peguam saman kerajaan, Menteri

Mohamed Haniff Khatri Abdulla
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung larangan merokok di tempat kerja swasta yang berkuat kuasa pada hari ini.

Kerajaan Malaysia dan Menteri Kesihatan dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua dalam samannya yang difailkan secara dalam talian semalam.

Beliau berkata, pelaksanaan tersebut  tidak mengikut Perlembagaan dengan alasan merokok bukan satu kesalahan jenayah.

“Saya percaya sebagai seorang perokok, saya mempunyai hak yang sama di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menikmati ruang kerja peribadi saya dengan cara yang tidak mengganggu atau membahayakan orang lain.

“Hak ini termasuk kebebasan untuk merokok di tempat yang saya uruskan dan dibayar sendiri sepenuhnya, tanpa dikenakan sekatan tidak wajar, sama seperti rakyat Malaysia lain yang tidak merokok menikmati kebebasan mereka di tempat kerja masing-masing,” katanya dalam afidavit semalam.

Katanya lagi, permohonan tersebut dibuat atas kapasiti peribadi.

Sebelum ini Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengumumkan kedai dobi dan bangunan pejabat dikenakan sekatan sebagai zon larangan merokok di bawah Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bermula 1 Januari 2025.

Mohamed Haniff Khatri berkata, beliau menghantar surat kepada Menteri Kesihatan pada 29 November 2025 untuk meminta beliau mengecualikan pejabatnya daripada perintah larangan terbabit.

Dalam permohonan Mohamed Haniff Khatri yang difailkan di Mahkamah Tinggi  bagi semakan kehakiman (ex-parte) terhadap Akta Kawalan Produk Merokok Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), beliau menamakan Kerajaan Malaysia dan Menteri Kesihatan sebagai responden.

Beliau turut memohon pengisytiharan bahawa larangan merokok di tempat kerja adalah tidak mengikut Perlembagaan, dengan merujuk kepada pelanggaran Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Mohamed Haniff Khatri seterusnya memohon pengisytiharan larangan itu adalah ultra vires, tidak sah dan tidak adil serta memohon penangguhan pelaksanaan larangan itu di pejabatnya sehingga keputusan semakan kehakiman diperoleh.

Beliau juga berkata, responden gagal mempertimbangkan permohonannya untuk pengecualian secara adil dan logik, merujuk kepada suratnya bertarikh 29 November 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya