Lantikan baharu MPT bukti Bersatu tidak ketandusan pemimpin - Wan Saiful 

Lantikan baharu MPT bukti Bersatu tidak ketandusan pemimpin – Wan Saiful 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan yakin barisan kepimpinan yang baharu dilantik dapat memperkukuh parti  mendepani pilihan raya akan datang.

Katanya, pelantikan itu juga ia membuktikan Bersatu tidak ketandusan pemimpin untuk mentadbir parti mahupun negara.

“Bersatu mampu menawarkan ramai tokoh yang segar dan bersemangat, termasuk muka-muka baharu yang tidak dicalarkan oleh perseteruan peribadi generasi sebelumnya.

“Persaingan politik yang dibawa oleh generasi baharu ini ialah persaingan sihat demi negara dan rakyat, selaras dengan prinsip berlumba-lumba mengerjakan kebaikan yang semestinya tidak menganggap saingan politik sebagai seteru peribadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar merupakan antara lima yang dilantik menjadi Ahli MPT Bersatu yang baharu.

Selain Noh, empat lagi yang dilantik ialah Datuk Harisson Hassan (Bahagian Kuala Selangor), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bahagian Kepala Batas), Danni Rais (Bahagian Jelebu) dan Alkaf Jaziri Abdillah Suffian (Bahagian Santubong).

Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, lantikan baharu itu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah dijangka diadakan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya