Lancar lagu seorang diri, Atu tidak terasa hati dengan Syaiful, Sharif - Utusan Malaysia

Lancar lagu seorang diri, Atu tidak terasa hati dengan Syaiful, Sharif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kini bergelar penyanyi, pelawak, Atu Zero, tidak terasa hati apabila kedua-dua abangnya, Syaiful dan Sharif tidak dapat hadir ke majlis pelancaran single sulung mereka, Tondu, yang berlangsung di Hotel St. Giles Boulevard, semalam.

Atu atau nama lengkapnya, Sharif Kunal Doli Sharif, 32, berkata, ketidakhadiran kedua-dua abangnya di majlis pelancaran tersebut kerana mempunyai komitmen kerja di Brunei.

“Kedua-dua abang saya kini berada di Brunei atas urusan kerja. Sepatutnya, kami bertiga ada di san tapi, saya mengorbankan diri saya untuk fokus sebab lagu ini sudah lama dirakamkan.

“Tak ada rasa kesal. Benda sudah nak jadi, saya tak boleh ulas panjang-panjang. Yang penting, saya bawa mak saya sekali hari ini,” katanya.

Menurut Atu, lagu tersebut telah dirakam sejak tahun 2023 namun, dia tidak menyangka tarikh pelancarannya bertindih dengan jadual kerja mereka di Brunei.

“Prosesnya bermula sejak 2023 dan kami sudah berbincang, tarikh Januari akan dilancarkan. Tidak tahu pula akan bertembung dengan tarikh acara di sana.

“Jadi, tak mengapa. Saya di sini untuk mewakili semua. Mereka cakap tak apa, yang penting lagu ini sudah dilancarkan dan bolehlah orang tahu mengenai kami. Dalam kata lain, macam memperbaharui lesen Zero,” jelasnya.

Sempat mengulas mengenai hubungannya bersama abang-abangnya, Atu menyifatkan keakraban mereka sudah tidak begitu rapat seperti sebelumnya.

“Hubungan kami macam Tiga Abdul. Lebih kurang begitu. Saya Abdul Wahub. Kami punya masalah begitu, masing-masing ada ego. Saya pun tidak tahu kenapa tiba-tiba jadi begini. Saya buat kerja saya macam biasa, tahu-tahu bergaduh.

“Saya jenis orang yang neutral. Tapi, hubungan tak renggang, cuma ikatan itu dah tak seperti dulu. Ada rasa perbezaan. Adik beradik tetap adik beradik,” katanya.

Atu berkata demikian susulan hubungannya bersama Sharif dilihat renggang selepas abangnya itu membuka cerita mengenai kisah lampau kehidupannya dalam sebuah audio siar.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Zero telah melancarkan single sulung mereke yang berjudul Tondu hasil ciptaan Zai Hamzah bersama Hemo, manakala lirik pula hasil sentuhan Achoi Floor 88 dan Ayie Elham Floor 88.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya