LONDON: Sebuah lagu nyanyian penyanyi sensasi, mendiang Tina Turner, yang sebelum ini hilang, ditemukan semula selepas empat dekad.
Hot For You Baby yang sepatutnya dimuatkan dalam album Private Dancer buat pertama kalinya diperdengarkan menerusi BBC Radio baru-baru ini.
Lagu tersebut yang dirakam di Capitol Studio di Hollywood ditulis pemuzik berasal dari Australia iaitu George Young dan Harry Vanda serta diterbitkan oleh John Carter.
Hot For You Baby bakal dimuatkan dalam album ulang tahun penyanyi itu yang akan diterbitkan Mac ini.
Terdahulu penyanyi yang mendapat julukan sebagai Queen of Rock ‘N’ Roll itu meninggal dunia pada Mei 2023 di usia 83 tahun.