Lagi kes kucing mati diserang anjing liar di UM

Lagi kes kucing mati diserang anjing liar di UM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seekor kucing ditemukan mati selepas diserang sekumpulan anjing liar di kawasan tempat meletak kereta Universiti Malaya (UM) awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, insiden itu berlaku sekitar pukul 1.30 pagi apabila seorang pelajar UM bersama rakan-rakannya menyaksikan kejadian tersebut.

“Dia dan rakan-rakan yang kebetulan berada di lokasi kejadian cuba menghalau anjing-anjing tersebut namun gagal menyelamatkan kucing malang itu.

“Pengadu melihat sekumpulan anjing itu menggigit seekor kucing hingga ia tidak lagi bergerak. 

“Selepas menghalau anjing-anjing berkenaan, mereka dapati kucing itu telah mati,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurutnya, susulan kejadian itu, pengadu bersama rakan-rakannya telah menanam bangkai kucing tersebut sebelum membuat laporan polis untuk memaklumkan perkara itu kepada pihak universiti dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Berdasarkan siasatan awal, kematian kucing itu adalah disebabkan oleh serangan anjing liar. 

“Tiada unsur jenayah dikesan dan polis tidak akan menjalankan siasatan lanjut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya