Lagi individu ditahan SPRM berkait sindiket jual Datuk Seri

Lagi individu ditahan SPRM berkait sindiket jual Datuk Seri

SUSPEK diiringi pegawai SPRM ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka bagi mendapatkan perintah reman. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di Selangor direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah lebih RM375,000 bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri daripada sebuah negeri, tiga tahun lalu.

Perintah reman sehingga 6 Januari ini dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Melaka, S.R Arthana terhadap suspek lelaki berusia 62 tahun itu.

Terdahulu, suspek memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini, kira-kira pukul 9.15 pagi tadi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek ditahan pada pukul 5.35 petang semalam selepas hadir ke Pejabat SPRM Melaka untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, lelaki itu disiasat berhubung permintaan dan penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dilakukan secara bersindiket.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penangkapan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, dua individu masing-masing seorang lelaki dan wanita ditahan berhubung isu sama pada bulan lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya