Kutipan hasil tanah disasar lebih RM394 juta

Kutipan hasil tanah disasar lebih RM394 juta

MOHD. Faizal Abdul Manap menyampaikan cenderahati kepada pembayar cukai tanah dalam Kempen Moh Dogheh Bayar Cukai Tanah/Petak 2025 di Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) menyasarkan kutipan hasil tanah termasuk cukai dan bukan cukai lebih RM394 juta tahun ini.

Pengarahnya, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, bagi mencapai sasaran tersebut, beberapa strategi dirangka termasuk menerusi penggunaan Perkhidmatan Kiosk Pintar Hemat e-PTGN.

“Kiosk ini menawarkan perkhidmatan bayaran cukai tanah atau cukai petak, muat turun bil serta urusan perserahan tanpa melalui kaunter. Perkhidmatan ini ditawarkan di PTGNS dan juga semua Pejabat Daerah dan Tanah.

“Selain itu, sebanyak 63 papan tanda kekal peringatan pembayaran cukai tanah atau cukai petak sebelum 31 Mei di pasang di semua daerah serta perkhidmatan kaunter bergerak di kawasan-kawasan strategik juga dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, katanya, sehingga 30 Disember tahun lalu, kutipan cukai tanah tahun semasa mencapai sebanyak RM129 juta atau bersamaan 97.79 peratus melepasi sasaran sebanyak kira-kira RM132 juta.

Untuk keseluruhan hasil tanah, katanya, sejumlah kira-kira RM406 juta atau bersamaan 128.85 peratus berjaya dikutip berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu RM315 juta.

Mohd. Faizal berkata, bagi menggalakkan kutipan cukai, pihaknya juga melaksanakan Kempen Moh Dogheh Bayar Cukai Tanah/Cukai Petak Tahun 2025 sejak 2 Januari lalu yang menawarkan sebanyak 500 hadiah istimewa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya